Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bank Rakyat Melancarkan Aplikasi Pengurusan Kewangan – TouchStyle Untuk Android Dan iOS

Bank Rakyat sebelum ini telah hadir dengan teaser untuk sebuah aplikasi baru mereka dalam memudahkan pengurusan kewangan. Kini, selepas beberapa minggu, mereka dilihat telah bersedia, dan telah pun menerbitkan aplikasi yang dinamakan sebagai Touch Style secara rasmi untuk platform Android dan juga iOS.

Aplikasi yang diberi nama TouchStyle terinspirasi dari inisiatif Bank Rakyat untuk menyentuh citarasa (Touch) pada gaya hidup (style) pengguna disamping membantu pengguna dalam memantau serta mengawal perbelanjaan mereka sekaligus membantu kewangan mereka.

TouchStyle Bank Rakyat -IMG_9686

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh memasukkan berapakah pendapatan bulanan mereka, dan berapakah mereka ingin berjimat dan menyimpan pada penghujung bulan. Seterusnya, pengguna turut boleh memasukkan beberapa perbelanjaan bulanan, seperti bayaran bil, bayaran sewa, bayaran pinjaman kereta dan sebagainya. Aplikasi ini akan memperlihatkan perbelanjaan anda, dan mengira secara automatik berapakah nilai maksima yang boleh anda belanjakan setiap hari untuk berjaya membuat simpanan yang dikehendaki.

Selain daripada simpanan, pihak Bank Rakyat turut mengintegrasikan beberapa sokongan produk mereka, termasuk kalkulator untuk mengira Personal Financing, melihat promosi dan juga produk tawaran pihak Bank Rakyat.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android atau iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Touch Style ini hari ini dan menggunakannya dalam memudahkan pengurusan kewangan anda hari ini.

TouchStyle Bank Rakyat



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bank Rakyat Melancarkan Aplikasi Pengurusan Kewangan – TouchStyle Untuk Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info