Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mengemaskini Boot Camp Dengan Sokongan Untuk Windows 10

Bagi pengguna komputer riba Mac daripada Apple, mungkin anda sedia maklum mengenai kebolehan menjalankan sistem operasi Windows melalui penggunaan Boot Camp. Hari ini, Apple dilihat mengemaskini Boot Camp dan turut menyertakan sokongan untuk sistem operasi terbaru Microsoft, iaitu Windows 10.

Sokongan untuk Windows 10 ini hanya hadir untuk sejumlah Macbook sahaja, iaitu daripada Macbook keluaran pertengahan tahun 2012 dan yang terkini.

Selain daripada sokongan untuk sistem operasi terkini, Boot Camp 6 turut menyertakan beberapa fungsi lain, termasuk sokongan menjalankan beberapa fungsi Mac didalam Windows, termasuk USB Type-C, Thunderbolt dan sebagainya.

Untuk makluman, bagi menjalankan sistem operasi Windows didalam Boot Camp, anda perlu mendapatkan lesen Windows secara berasingan untuk tujuan pemasangan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mengemaskini Boot Camp Dengan Sokongan Untuk Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info