Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Sedang Mencari Lokasi Untuk Menguji Kenderaan Dipandu Automatik

Sejak beberapa bulan lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Apple ingin menceburi arena automotif. Terkini, dokumen baru hadir ke arena web, mengatakan Apple dalam proses untuk mencari lokasi untuk memandu-uji kenderaan dipandu automatik daripada mereka.

Apple sebelum ini telah mula mengambil beberapa pekerja daripada syarikat automotif terkemuka untuk membangunkan projek rahsia secara dalaman. Selang beberapa minggu selepas itu, ia turut dilaporkan yang mana Apple dalam perbincangan dengan pihak BMW untuk sebuah projek dinamakan Project Titan.

Buat masa ini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya. Tetapi dengan kehadiran dokumen baru ini, ia memperlihatkan Apple sedang dalam proses menguji kenderaan automatik mereka, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Sedang Mencari Lokasi Untuk Menguji Kenderaan Dipandu Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info