Sembang Maniac

Sembang-sembang je

54 Juta Salinan Grand Theft Auto V Terjual Sejak Dilancarkan

Siri permainan Grand Theft Auto terkenal dengan kebebasan melakukan apa sahaja yang anda mahukan dan kerap kali menjadi permainan terhangat pada tahun ia dilancarkan. GTA V yang dilancarkan pada tahun 2013 adalah permainan video yang paling lalu pernah dihasilkan. Dalam masa tiga hari jumlah jualan permainan ini mencecah $1 Billion. Sebagai perbandingan, filem Jurassic World mengambil masa 13 hari untuk mencatatkan kutipan yang sama di pawagam. Jurassic World ialah pemegang rekod filem terpantas mencecah angka ini dalam sejarah layar perak.

gtav

Hari ini Rockstar mengumumkan sebanyak 54 juta salinan GTA V berjaya dijual setakat ini.  Ini adalah jumlah jualan yang amat membanggakan. GTA IV yang dijual pada tahun 2008 terjual sebanyak 27.5 Juta manakala permainan sebelum ini GTA : San Andreas terjual sebanyak 25 juta unit. Jumlah jualan GTA V hampir setanding dengan jumlah jualan dua permainan yang muncul sebelumnya. Dengan jumlah jualan yang amat memberangsangkan ini sudah pasti GTA VI akan menjadi realiti. Mari kita nantikan kemunculannya suatu hari nanti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "54 Juta Salinan Grand Theft Auto V Terjual Sejak Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info