Sembang Maniac

Sembang-sembang je

U Mobile Melancarkan Power Prepaid – 1GB Internet Berkelajuan Tinggi Sepanjang Bulan Sepanjang Hayat

U Mobile yang telah memperkenalkan pelbagai penambahan percuma dan juga pelan ansuran untuk pembelian peranti mereka pada hari ini telah mengumumkan pek prabayar terbaru mereka yang dinamakan Power Prepaid. Menerusi pelan prabayar ini, pengguna boleh menikmati kuota data sebanyak 1GB untuk setiap bulan sepanjang hayat serendah RM10 sebulan.

Bagi mendapatkan pelan ini, pengguna perlu membeli pek permulaan prabayar Power Prepaid yang berharga RM8.50. Dengan pek permulaan ini, pengguna akan mendapat kuota data sebanyak 200MB dan panggilan percuma untuk 150 minit. Turut serta dalam pek ini adalah kredit bernilai RM8.50.

screenshot_468

Bagi mendapatkan internet percuma 1GB setiap bulan sepanjang hayat, pengguna hanya perlu memastikan talian mereka aktif setiap bulan dengan cara menambah nilai minimum sebanyak RM10 setiap bulan. Sekiranya kehabisan kuota data, pengguna masih mendapat internet percuma pada kelajuan asas. Mungkin ia kelihatan sedikit tetapi jika digabungkan dengan penawaran tambahan lain dari U Mobile seperti penstriman percuma YouTube dan Tonton.

Pek ini boleh didapati di cawangan U Mobile berhampiran dan pusat penjualan mereka juga seperti 7-Eleven. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "U Mobile Melancarkan Power Prepaid – 1GB Internet Berkelajuan Tinggi Sepanjang Bulan Sepanjang Hayat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info