Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Dikatakan Motorola Moto X 2015 Tertiris

Motorola akan mengadakan pelancaran produk baru 28 Julai akan datang. Versi terkini Moto X dan Moto G dijangka akan dilancarkan secara rasmi. Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi ataupun rekaan diketahui setakat ini. Hari ini gambar peranti yang dikatakan Moto X 2015 tertiris. Ia mengekalkan rekaan sisi logam seperti versi tahun lalu. Perubahan paling ketara ialah pada panel belakang. Sistem flash berbentuk bulan digantikan dengan flash biasa di bawah lensa kamera. Turut kelihatan ialah kamera hadapan dengan flash terbina. Tiada pengimbas cap jari kelihatan pada belakang ataupun hadapan.

Mengekalkan ciri rekaan versi sebelum ini adalah langkah bijak. Berdasarkan komen negatif yang di lihat pada rekaan OnePlus 2 semalam, kami rasakan kadang kala pengguna tidak mahu perubahan terlalu mendadak dilakukan pada peranti edisi terbaru. Apa pendapat anda? Secara peribadi kami terkilan flash berbentuk bulat Moto X 2014 tidak dikekalkan. Ia adalah rekaan unik yang membuatkan Moto X berbeza dari peranti lain di pasaran.

Moto-X-2015-leak-1

Moto-X-2015-leak-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Dikatakan Motorola Moto X 2015 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info