Sony hari ini mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan ZMP di Jepun untuk menubuhkan sebuah perusahaan baru yang memfokuskan kepada pembangunan dron. Syarikat baru yang dinamakan sebagai Aerosense ini akan ditubuhkan dan beroperasi bermula bulan Ogos ini.
Aerosense ini dilihat akan memfokuskan lebih kepada perusahaan, dimana perusahaan boleh menggunakan dron keluaran mereka untuk merakamkan pelbagai gambar dan sebagainya.
Sony melalui pengumuman mereka, mengatakan mereka akan mengintegrasikan teknologi pengimejan, telekomunikasi, dan robotik – selain turut menggunakan kelebihan teknologi robotik dan pemanduan automatik daripada syarikat ZMP.
Aerosense Inc ini kelak dijangka akan hadir dengan dron yang membantu pelbagai perkara seperti mengukur, memantau, menilai dan sebagainya seawal tahun hadapan, dan seperti dinyatakan memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan bukannya pengguna umum.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Mobile Dan ZMP Bekerjasama Untuk Memasuki Arena Pembangunan Dron UAV"