Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GoPro Bakal Hadir Dengan Aplikasi Penyuntingan Dan Perkongsian Terus Melalui Peranti Mudah-Alih

GoPro merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pengeluaran kamera aksi, tetapi akhir-akhir ini mereka turut melihat kepada beberapa arena, termasuk berkaitan dengan kandungan. Terkini, ia dilaporkan, GoPro bakal hadir dengan sebuah aplikasi mudah-alih khusus untuk tujuan penyuntingan dan perkongsian kandungan dari GoPro terus melalui telefon.

Aplikasi yang pada peringkat ujian dalam syarikat berkenaan dikatakan akan membolehkan pengguna membuat penyuntingan terus daripada telefon mereka, tanpa perlukan sebarang perisian penyuntingan atau komputer.

Selain daripadanya, GoPro juga akan hadir dengan perkhidmatan berasaskan awan untuk memudahkan pemilik untuk menonton dan melihat hasil rakaman mereka. Ia masih tidak menyokong sokongan penyuntingan buat masa ini.

Pengenalan fungsi penyuntingan terus pada aplikasi berkenaan dilihat mungkin membolehkan pengguna berkongsi hasil rakaman mereka dengan lebih pantas bersama yang lain berbanding pada hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GoPro Bakal Hadir Dengan Aplikasi Penyuntingan Dan Perkongsian Terus Melalui Peranti Mudah-Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info