Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paten Terkini Menunjukkan Logo Di Belakang Peranti Apple Akhirnya Akan Mempunyai Fungsi

Peranti pintar Apple mudah dikenali walaupun dilihat dari bahagian belakang. Logo Apple dan perkataan di belakang setiap iPhone, iPad dan iPod selama ini hanya diletakkan untuk tujuan penjenamaan. Tetapi menerusi paten yang baru ditemui di bawah ia mungkin akan mempunyai fungsi tambahan di masa hadapan.

13453-8222-150702-Logo-l

Menerusi paten ini pelbagai sensor dan litar boleh disambung kepada logo berbentuk epal ataupun perkataan iPhone di belakang peranti. Tiada kegunaan khas difailkan bersama paten ini tetapi ini mungkin membolehkan iPhone di masa hadapan mempunyai pengimbas nadi, pengimbas cap jari, pengecas tanpa wayar dan juga NFC pada panel belakang. Setiap huruf di dalam perkataan iPhone pula boleh berfungsi sebagai butang kapasitif sekiranya diperlukan sama seperti fungsi O-Touch pada peranti Oppo N1.

Ini adalah paten yang menarik dan memberikan pelbagai kemampuan menarik di masa hadapan. Ia turut akan memberikan pemilik Apple mempunyai alasan yang sah untuk mencari cangkerang dengan lubang pada bahagian belakang tidak seperti sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paten Terkini Menunjukkan Logo Di Belakang Peranti Apple Akhirnya Akan Mempunyai Fungsi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info