Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OPPO Mmperkenalkan Fon Kepala Baru Di Malaysia Dengan Fokus Terhadap Kualiti Bunyi Dan Rekaan

OPPO merupakan salah satu jenama popular dalam arena telefon pintar di Malaysia, dan selain daripada telefon pintar, mereka terlebih dahulu lebih popular dalam arena audio dan juga Bluray. Terkini, Oppo Digital Malaysia telah pun melancarkan sebuah produk baru mereka memfokuskan kepada audio dan muzik, iaitu Oppo PM-3 Closed-Back Planar Magnetic Headphones.

Oppo PM-3

Dipanggil secara ringkas sebagai Oppo PM-3, ia membawakan rekaan yang kemas dan cantik, selain turut membawakan ciri-ciri audio yang berkualiti kepada para pengguna. Oppo mengatakan Oppo PM-3 merupakan rekaan fon kepala paling ringan di dunia, dan membawakan kualiti audio tinggi melalui sistem speaker 2-saluran.

Oppo PM-3

Oppo mengatakan rekaan closed-back padanya membawakan sokongan noise-isolation, selain pada masa yang sama berbentuk elegan. Ciri-ciri lain seperti bass dan treble yang jelas turut disertakan pada Oppo PM-3 ini.

Oppo PM-3 ditawarkan di beberapa pengedar terpilih Oppo seluruh negara, pada harga RM1619.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OPPO Mmperkenalkan Fon Kepala Baru Di Malaysia Dengan Fokus Terhadap Kualiti Bunyi Dan Rekaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info