Peranti boleh lipat yang popular pada awal milenium yang lalu kini semakin jarang dilihat di Malaysia. Kepopularan peranti pintar dengan skrin sesentuh adalah antara sebab mengapa peranti dengan rekaan boleh lipat semakin berkurangan. Tetapi di negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan, masih terdapat permintaan untuk peranti dengan rekaan klasik ini.
LG Gentle baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Korea Selatan. Ia peranti Android Lollipop boleh lipat dengan skrin 3.2″ (320×480 pixel), pemproses 1.1 GHz empat teras Snapdragon 210, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 5 Megapixel pada bahagian belakang dan 0.3 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri pula ialah 1700 mAh. Peranti ini dijual di Korea Selatan pada harga sekitar RM 654 sebuah.
Siapa sangka pasaran untuk peranti dengan rekaan lama seperti LG Gentle masih wujud. Secara peribadi kami masih mahukan peranti dengan rekaan seakan Nokia 8110 yang muncul di dalam filem The Matrix. Telefon pintar dengan mikrofon terbuka secara automatik masih lagi kelihatan menarik 16 trahun selepas kali pertama melihat Neo menggunakannya di dalam filem ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Gentle – Telefon Android Boleh Lipat"