Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Siri Kad Grafik AMD Radeon Pro Baru Diumumkan – Khusus Untuk Penghasil Kandungan 4K Dan Keatas

Sewaktu pengumuman AMD di acara Siggraph 2017, syarikat tersebut juga menunjukkan dua kad grafik baru yang menggunakan cip grafik Vega, tetapi khusus digunakan untuk tugas-tugas seperti pengolahan grafik, kecerdasan mesin dan sebagainya.

Kad-kad grafik ini dinamakan AMD Radeon Pro WX 9100 dan juga AMD Radeon Pro SSG, dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri yang cukup berkuasa, termasuklah sokongan untuk paparan skrin dengan resolusi 8K pada kadar segar semula 60Hz dan 4K pada kadar segar semula 120Hz. Kedua-dua kad grafik ini juga hadir dengan sokongan untuk DisplayPort 1.4 yang boleh menggerakkan paparan skrin dengan teknologi HDR (High Dynamic Range).

Untuk kad grafik AMD Radeon Pro WX 9100, ia hadir dengan 16GB memori HBM2, lapan lebih daripada apa yang ditawarkan pada kad grafik AMD RX Vega yang diumumkan untuk pengguna biasa. AMD juga menunjukkan kebolehan kad ini menyurih (ray-tracing) adegan menggunakan perisian Radeon Prorender bersama-sama dengan Unreal Engine 4. Pada waktu yang sama adegan tersebut ditunjukkan melalui Unreal, kad tersebut menyurih adegan tersebut pada waktu yang sama.

Sebuah lagi kad grafik kelas profesional yang diperlihatkan ialah AMD Radeon Pro SSG. Selain daripada menggunakan cip pemprosesan grafik Vega, kad grafik ini hadir dengan jumlah memori yang sama dengan  Radeon Pro WX 9100 pada 16GB, akan tetapi, ia juga hadir dengan storan SSG (Solid State Graphics) sebanyak 2TB untuk membantu pengguna-pengguna profesional seperti editor video untuk mempercepatkan proses edit dan pengekodan video pada resolusi yang sangat tinggi, termasuklah 4K dan juga 8K.

Pihak AMD juga memperlihatkan sebuah contoh dimana komputer yang dimuatkan dengan sebuah kad grafik Radeon Pro SSG mengedit sebuah video 8K menggunakan proses yang sama apabila mengedit video 4K.

Kad-kad grafik AMD Radeon Pro WX 9100 dan Radeon Pro SSG ini dikatakan akan hadir di pasaran pada 13 September kelak, dan untuk tanda harga, AMD Radeon Pro WX 9100 ditetapkan pada $2199, manakala AMD Radeon Pro SSG pula pada $6999.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Siri Kad Grafik AMD Radeon Pro Baru Diumumkan – Khusus Untuk Penghasil Kandungan 4K Dan Keatas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info