Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memulakan Pra-Tempahan Untuk Smart-B Trainer Di Malaysia Pada Harga RM999

Sony sedia mempunyai beberapa penawaran memfokuskan kepada kecergasan, dan kini salah satu peranti baru yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia adalah Smart B-Trainer. Sony Malaysia menjadualkan acara khusus untuknya esok – 9 Jun, tetapi peranti berkenaan telah pun disenaraikan pada web rasmi mereka hari ini dan mereka telah mula mengambil pra-tempahan untuknya.

Sony Smart-B Trainer

Smart B-Trainer ini memfokuskan kepada kecergasan, dimana ia merupakan sebuah peranti yang dipakai pada telinga. Pengguna boleh menikmati lagu ketika bersenam, dan pada masa yang sama mengikuti pelbagai menu latihan dan arahan melaluinya. Sony sendiri menjenamakan alat ini sebagai peranti yang memfokuskan kepada mereka yang kerap berlari.

Smart B-Trainer turut dilengkapi dengan sensor untuk memantau kadar denyutan jantung, dan mengubah tempo muzik berdasarkan kepadanya.

Sebuah aplikasi khusus untuknya turut disediakan, membolehkan pengguna mengikuti menu latihan khusus untuk mereka.

Sony Malaysia bakal melancarkan peranti ini secara rasmi di Malaysia esok, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya pada acara pelancaran yang akan diadakan esok.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Memulakan Pra-Tempahan Untuk Smart-B Trainer Di Malaysia Pada Harga RM999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info