Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Seorang Pendaki Meninggal Dunia Di Puncak Kinabalu?

Seorang doktor tempatan yang berjaya turun ke base camp Gunung Kinabalu mengesahkan paling kurang seorang pendaki dipercayai telah meninggal dunia manakala dua lagi cedera akibat kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pukul 7.15 pagi tadi.

Pendaki
Gambar: NST Online

Menurut laporan The Star Online, Dr Rezlan Abdul Rahman yang berasal dari Pahang mengesahkan kematian wanita itu setelah memeriksa nadinya ketika turun dari gunung berkenaan.

“Dua lagi wanita turut cedera. Mereka masih di Laban Rata ketika kami meneruskan perjalanan turun,” katanya.

Dr Rezlan berkata, beliau dimaklumkan bahawa 3 wanita terbabit memegang tali (untuk memanjat) dan ketika gempa berlaku, tali tersebut terlepas.

“Mereka dipercayai berayun sebelum terhempas kembali ke arah gunung,” katanya.

Laporan awal setakat ini mendakwa paling kurang 5 kematian atau kecederaan dilaporkan.

BACA INI JUGA: 10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Seorang Pendaki Meninggal Dunia Di Puncak Kinabalu?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info