Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 2 Akan Menggunakan Port Pengecasan Berasaskan USB Type-C

OnePlus sebelum ini telah berkongsi mengatakan peranti mereka bakal dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 generasi kedua. Kini, selain daripadanya, pihak OnePlus turut mengumumkan peranti mereka akan menggunakan port pengecasan berasaskan USB Type-C.

OnePlus 2

USB Type-C telah menjadi salah satu perkara yang difokuskan ramai pengeluar pada tahun ini. Melaluinya, ia membolehkan pengecasan dilakukan dengan pantas – termasuk perkara sama untuk pemindahan data. Disamping itu, apa yang menariknya adalah kepala port USB Type-C yang mana boleh digunakan secara terbalik – sekaligus memudahkan anda memasang kabel pada peranti anda.

Dengan perkongsian kedua daripada pihak OnePlus ini, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti OnePlus 2 dari semasa ke semasa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 2 Akan Menggunakan Port Pengecasan Berasaskan USB Type-C"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info