Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Land Rover Memperlihatkan Kenderaan Yang Boleh Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

Jika anda pernah menonton filem James Bond, Tomorro Never Dies, mungkin anda ingat akan aksi kawalan kenderaan menggunakan telefon. Perkara tersebut kini menjadi kenyataan, apabila pihak Land Rover memperlihatkan sebuah sistem prototaip yang membolehkan kenderaannya dikawal menggunakan telefon pintar.

Land Rover mengatakan melalui penggunaan sistem ini, ia membolehkan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka – terutamanya ketika melalui jalan yang sukar untuk dipandu oleh seorang diri. Disamping itu, Land Rover juga memperlihatkan kebolehan untuk menggunakan aplikasi berkenaan bagi mengeluarkan kenderaan daripada tempat parkir yang sempit.

Kawalan kenderaan menggunakan telefon pintar ini juga masih terhad buat masa ini, dimana Land Rover mengatakan ia hanya boleh digunakan pada kelajuan sekitar 6.5 kilometer sejam sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Land Rover Memperlihatkan Kenderaan Yang Boleh Dikawal Menggunakan Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info