Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 2 Akan Dilancarkan Pada 27 Julai – Pelancaran Akan Ditayangkan Secara VR

OnePlus hari ini berkongsi mengenai tarikh pelancaran OnePlus 2, iaitu telefon pintar terbaru daripada mereka untuk tahun ini, dan bakal diumumkan secara rasminya pada 27 Julai kelak. Menariknya, acara pelancaran peranti berkenaan akan turut dipertontonkan dalam paparan realiti-maya, sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia menikmatinya dalam kaedah baru yang lebih dekat berbanding hanya menonton video pelancaran seperti biasa.

OnePlus VR

OnePlus dengan pengguna teknologi VR untuk pelancaran produk akan menjadi antara yang terawal menggunakannya secara besar-besaran. Malah, mereka turut menyediakan OnePlus Cardboard yang akan ditawarkan kepada semua pengguna secara percuma. Maklumat mengenai penawaran tersebut dijangka dikongsikan oleh OnePlus tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak OnePlus telah bekongsi mengatakan OnePlus 2 akan dijana menggunakan cip Snapdragon 810 (generasi kedua), selain turut dilengkapi dengan port pengecasan berasaskan USB Type-C.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "OnePlus 2 Akan Dilancarkan Pada 27 Julai – Pelancaran Akan Ditayangkan Secara VR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info