Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lunch Kaki – Aplikasi Untuk Anda Makan Tengah-Hari Bersama-sama Dengan Rakan Baru

Laman sosial telah mengubah cara kita berinteraksi dan berkenalan dengan rakan baru, dan terkini salah satu aplikasi baru yang hadir memfokuskan kepada mengenali rakan baru ketika makan tengah hari adalah Lunch Kaki.

Lunch Kaki merupakan aplikasi yang ditawarkan untuk iOS dan juga Android, membolehkan pengguna mendaftarkan diri dan membuat beberapa tetapan – seperti terbuka untuk makan tengah-hari secara rawak, ataupun terbuka untuk temujanji minit terakhir (last-minute lunch).

Lunch Kaki

Lunch Kaki

Sebaik sahaja membuat tetapan, anda kemudian boleh membuat carian berkenaan pengguna berdaftar lain, dan seterusnya membuat temujanji dengan mereka. Pengguna juga boleh melihat apakah yang diminati oleh orang yang mereka ingin buat temujanji dan pastikan mereka “sekepala” untuk menjadikan temujanji makan tengah-hari anda tidak begitu pelik.

Daripada percubaan kami, pengguna berdaftar di Malaysia masih sedikit (atau mungkin hanya disekitar lokasi kami sahaja) – mungkin kerana penawaran aplikasi ini untuk pasaran tempatan masih baru lagi.

Bagi anda yang ingin mencubanya, dan makan tengah-hari bersama rakan baru yang ingin dikenali, mungkin boleh mencuba aplikasi LunchKaki ini.

Layari : LunchKaki


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lunch Kaki – Aplikasi Untuk Anda Makan Tengah-Hari Bersama-sama Dengan Rakan Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info