Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Melancarkan HP Stream 7 & 8 – Versi Tablet Untuk Keluarga Stream

HP pada tahun lepas telahpun melancarkan siri Stream mereka, memfokuskan kepada komputer riba mampu milik dan turut menjalankan Windows 8.1 Bing. Jika pada tahun lepas mereka bermula dengan Stream 13 dan juga Stream 11, hari ini mereka telah melancarkan tablet HP Stream 7 dan juga HP Stream 8.

HP Stream -IMG_0823 HP Stream -IMG_0838

Tablet HP Stream 8 merupakan tablet yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3735G 1.8GHz empat-teras beserta Intel HD Graphics, 1GB DDR3 RAM, dan dengan paparan skrin bersaiz 8-inci pada resolusi 1280×800 pixel. Selain itu tablet ini juga datang dengan sistem operasi Windows 8.1 32bit dan dengan kapasiti storan 32GB. Tablet ini juga boleh dimuatkan dengan kad-SIM,membolehkan pengguna menggunakan pelan internet padanya. Variasi yang lebih kecil juga turut hadir iaitu HP Stream 7 dengan spesifikasi yang sama namun dengan paparan 7-inci.

Tablet HP Stream 7 dijual pada harga RM 529 dan tablet HP Stream 8 dijual pada harga RM847. Harga kedua-dua peranti ini termasuk GST. Selain dari itu kedua-dua peranti ini turut didatangkan beserta storan percuma OneDrive sebanyak 1TB selama setahun dan langganan percuma perisian Office 365 Personal selama setahun.

Bermula hari ini sehingga 30 Jun, pembeli peranti ini juga akan memperoleh pek permulaan SIM Celcom RM30 dan boleh menyertai peraduan anjuran HP yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti percutian dan juga pakej langganan riadah. Maklumat lanjut mengenai peranti ini dan juga peraduannya boleh didapati di laman merek WorkFromMyHappyPlace.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HP Melancarkan HP Stream 7 & 8 – Versi Tablet Untuk Keluarga Stream"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info