Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memperkenalkan OS X 10.11 El Capitan

Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan OS X 10.10 Yosemite, dan hari ini memulakan acara WWDC dengan mengumumkan kemaskini untuk sistem operasi berkenaan – OS X 10.11 dinamakan sebagai El Capitan.

OS X El Capitan

Melalui OS X 10.11, pihak Apple mengemaskini beberapa perkara dan menyertakan beberapa fungsi baru pada sistem operasi mereka. Daripada demo awal yang diperlihatkan oleh Apple, mereka menyertakan beberapa fungsi gesture, memudahkan lagi pengguna untuk membuat beberapa perkara – sebagai contoh untuk swype pada trackpad untuk mengarkib sesuatu emel atau memadamnya.

OS X El Capitan

Pada Safari, pihak Apple turut menambah sokongan untuk pin akan sesuatu laman yang sering dibuka atau tidak ingin dipadam, dan ia akan kekal sebegitu pada Safari. Selain daripada Safari, aplikasi Mail juga dikemaskini, dan pihak Apple turut menyertakan sokongan tab pada tetingkap menghantar emel.

Untuk bahagian tetingkap, kini pengguna boleh snap sesuatu tetingkap yang dibuka dan menggunakannya bersebelahan dengan satu lagi aplikasi lain pada waktu yang sama dalam bentuk paparan skrin penuh – lebih kurang seperti yang terdapat pada Windows.

OS X El Capitan

OS X El Capitan

OS X El Capitan

OS X El Capitan

OS X El Capitan

Bahagian carian spotlight juga dikemaskini, dimana pengguna boleh menggunakan kata kunci tersendiri untuk membuat carian – sebagai contoh untuk mencari emel yang tidak dibalas dan sebagainya. Apple turut mengemaskini aplikasi Note dengan menawarkan ia lebih kawalan pemformatan teks padanya.

Selain fungsi baru, pihak Apple turut mengatakan OS X 10.11 El Capitan ini berfungsi lebih pantas berbanding kebiasaan – menjadikan sistem operasi terbaru mereka ini membuka aplikasi lebih pantas berbanding kebiasaan, dan berfungsi dengan lebih baik berbanding versi-versi sebelum ini.

OS X El Capitan

OS X El Capitan

OS X El Capitan

OS X El Capitan

Sedang dikemaskini….



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperkenalkan OS X 10.11 El Capitan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info