Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Kil-Dengue Dilancarkan – Menggunakan Frekuensi Bunyi Untuk Menghalau Nyamuk Aedes

Angka kes-kes yang melibatkan nyamuk Aedes di Malaysia boleh dikatakan meningkat dari hari ke hari, dan terdapat pelbagai usaha untuk mengatasinya. Kini, salah satu aplikasi hadir untuk menghalau nyamuk Aedes ini, dinamakan sebagai Kil-Dengue dan ditawarkan untuk Android dan juga iOS.

Kil-Dengue

Aplikasi ini menggunakan gelombang bunyi dan menjana frekuensi khusus untuk menghalau nyamuk berkenaan sekaligus mengelakkan pengguna daripada digigit oleh nyamuk berkenaan.

Menurut pembangunnya, terdapat pelbagai aplikasi seumpamanya di pasaran pada hari ini, tetapi Kil-Dengue dioptimasikan khusus untuk nyamuk Aedes Aegypti – jenis nyamuk Aedes majoriti di Malaysia.

Frekuensi yang dihasilkan oleh aplikasi ini mempunyai bunyi yang sangat rendah yang tidak didengar pada telinga manusia. Melalui frekuensi bunyi berkenaan, ia menghalau nyamuk betina Aedes Aegypti yang mana sering menyebarkan jangkitan virus denggi.

Aplikasi Kil-Dengue ini ditawarkan secara berbayar pada Apple AppStore dan Google PlayStore, dan boleh dimuat-turun hari ini.

Kil Dengue



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Aplikasi Kil-Dengue Dilancarkan – Menggunakan Frekuensi Bunyi Untuk Menghalau Nyamuk Aedes"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info