Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tahukah Anda? Anda Boleh Buat Semakan Perkhidmatan Kerajaan Seperti Saman JPJ, PTPTN, Dan Peperiksaan Menggunakan USSD

Semakan menggunakan menu USSD – dimana menu yang didail pada telefon menggunakan awalan * (bintang) dan akhiran (#) merupakan salah satu perkara yang lebih diminati ramai jikalau dibandingkan dengan penggunaan panggilan suara ataupun SMS. Kebiasaannya, ia digunakan untuk membuat semakan baki telefon dan berkaitan dengannya, tetapi pada masa yang sama juga ia boleh digunakan untuk semakan berkaitan perkhidmatan kerajaan.

Dinamakan sebagai myGovMobile, anda boleh membuat semakan untuk beberapa perkhidmatan kerajaan menggunakan perkhidmatan USSD khusus – iaitu dengan mendail *158#.

Apabila mendail *158#, anda akan diberikan dengan pilihan menu untuk pilih perkhidmatan kerajaan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai agensi yang disediakan, dan antara yang popular adalah termasuk untuk menyemak saman JPJ, menyemak status MARA, meyemak keputusan peperiksaan dan sejumlah perkhidmatan menarik yang lain.

myUSSD

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan untuk pengguna Celcom, Digi dan Maxis sahaja. Seperti biasa, semua pengguna telefon mudah-alih boleh menggunakannya tanpa perlu melakukan pendaftaran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan perkhidmatan USSD untuk telekomunikasi yang ditawarkan secara percuma, untuk perkhidmatan myGov Mobile melalui USSD ini, ia mempunyai caj penggunaan sebanyak 35 sen untuk penggunaan sehingga 2 minit pertama.

myGOV MyUSSD

myGOV MyUSSD

Lanjut :


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tahukah Anda? Anda Boleh Buat Semakan Perkhidmatan Kerajaan Seperti Saman JPJ, PTPTN, Dan Peperiksaan Menggunakan USSD"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info