Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Xperia Z3+ Dilancarkan – Menggunakan Pemproses Snapdragon 810

Sony hari ini melancarkan Sony Xperia Z3+. Ianya adalah sebuah Xperia Z4 yang diberikan penjenamaan semula untuk pasaran antarabangsa. Dari segi rekaan ianya membawakan beberapa perubahan kecil berbanding Xperia Z3. Pertama sekali port pengecasan diubah ke bahagian bawah peranti dan tidak mempunyai penutup kalis air. Seperti HTC Butterfly 2 peranti masih lagi kalis air dan debu walaupun port ini terbuka. Port untuk pengecasan magnetik yang sebelum ini wujud pada sebelah kiri peranti tidak lagi wujud. Pembesar suara stereo bahagian hadapan juga kini lebih besar dan diletakkan pada kedudukan lebih jauh daripada skrin.

Xperia-Z3+

Spesifikasi Xperia Z3+ ialah skrin 5.2″ Triluminous HD Penuh, pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM dan muatan dalaman 32 GB. Kemampuan optik ialah 20.7 Megapixel pada bahagian hadapan dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Ketahanan air dan debu masih lagi IP68 dan akhir sekali bateri sebesar 2930 mAh.  Sistem pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge disokong yang memberikan 50% pengecasan dalam masa 30 minit. Xperia Z3+ akan mula memasuki pasaran dunia Jun hadapan. Tarikh kemasukannya ke Malaysia masih belum diketahui tetapi teruskan membaca laman Amanz untuk informasi terkini peranti ini.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia Z3+ Dilancarkan – Menggunakan Pemproses Snapdragon 810"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info