Dengan arena kandungan dalam-talian yang menjadi fokus utama beberapa syarikat akhir-akhir ini, salah satu perkhidmatan yang menjadi sasaran untuk pengambil-alihan adalah Flipboard. Semalam, kita terdengar akan mengenai hasrat Twitter yang pernah ingin cuba dapatkan Flipboard, dan kini ia turut dikatakan Google serta Yahoo! turut pernah membincangkan untuk mendapatkan Flipboard.
Menurut laporan WSJ, Google dan Yahoo! dikatakan hanya pada peringkat awal perbincangan sahaja dan masih tidak menyentuh mengenai harga. Mereka hanya sekadar membincangkan mengenai integrasi antara satu sama lain.
Flipboard merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pembacaan artikel pada peranti mudah-alih. Setiap artikel dioptimasikan dan dipaparkan dengan cantik dan kemas, selain memudahkan pengguna untuk melanggan topik yang digemari mereka.
Twitter sebelum ini telah membincangkan pemgambil-alihan Flipboard dimana harga yang dibincangkan mencapai $1 bilion. Namun, perbincangan tersebut ditangguhkan sejak daripada April lepas kerana kedudukan kewangan Twitter untuk suku tahun lepas yang menurun.
Pesaing dari segi industri laman sosial untuk Twitter, iaitu Facebook pada bulan ini telah memperkenalkan sokongan Instant Articles pada platform mereka dalam membolehkan pengguna kekal pada perkhidmatan mereka dan mengikuti pelbagai berita terus melaluinya.
Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah syarikat gergasi seperti Twitter, Google dan Yahoo! akan mengintegrasikan Flipboard pada perkhidmatan mereka dalam mengekalkan pengguna pada platform mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selain Twitter, Google Dan Yahoo! Turut Dilaporkan Berminat Mendapatkan Flipboard"