Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus Ingin Berkongsi Sesuatu Pada 1 Jun

OnePlus pada tahun ini secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia, dengan pengenalan OnePlus One. Walaupun ia masih baru di Malaysia, tetapi pelbagai desas-desus telah hadir sejak awal tahun ini berkenaan dengan versi baru telefon baru mereka, dipanggil ramai sebagai OnePlus Two.

Pihak OnePlus masih senyap berkenaan dengannya, tetapi hari ini melalui akaun Twitter, pihak OnePlus menandakan mereka akan berkongsi sesuatu yang menarik pada 1 Jun kelak.

OnePlus

Tiada sebarang petanda yang diberikan pihak OnePlus, selain hanya mengatakan mereka sering melihat kepada beberapa perkara yang boleh memberikan impak terhadap industri.

Sebelum ini, OnePlus pernah mengatakan OnePlus 2 hanya akan hadir sekitar suku ketiga sahaja, sekaligus membuatkan ia menjadi misteri berkaitan apakah yang bakal diumumkan mereka pada tarikh 1 Jun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Ingin Berkongsi Sesuatu Pada 1 Jun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info