Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Need For Speed Bakal Hadir Ke PC, PS4 Dan Xbox One Pada Tahun Ini

Electronic Arts telah memperkenalkan permainan baru Need for Speed hampir setiap tahun sebelum ini, tetapi tidak memperkenalkan sebarang permainan untuk konsol dan PC pada tahun lepas. Ini membuatkan ramai peminat permainan perlumbaan kereta berkenaan ternanti-nanti, dan kini EA telah pun berkongsi beberapa info awal mengenainya.

Pada tahun ini, mereka akan memperkenalkan permainan baru dibawah siri berkenaan, dimana ia tidak lagi akan menggunakan sebarang penjenamaan tambahan – sebaliknya akan menggunakan nama asal, hanya “Need for Speed”. Ia dibangunkan oleh pembangun permainan Need for Speed : Rival sebelum ini, dan daripada apa yang dikongsikan EA, permainan ini bakal menawarkan kemudahan untuk mengubah-suai kenderaan, selain menawarkan bentuk permainan dunia terbuka seperti beberapa permainan Need for Speed sebelum ini.

Melalui teaser ringkas yang dikongsikan, EA memperlihatkan permainan ini akan membawakan rekaan grafik yang menarik, selain pada masa yang sama dilengkapi aksi kejar-mengejar dengan pihak polis.

EA dijangka akan mempertontonkan trailer berbentuk gameplay pada 15 Jun kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Need For Speed Bakal Hadir Ke PC, PS4 Dan Xbox One Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info