Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mozilla Semakin Menghampiri Pelancaran Firefox Untuk iOS – Ujian Beta Bakal Dimulakan

Firefox merupakan salah satu pelayar web popular pada desktop, tetapi dengan era kini yang beralih ke peranti mudah-alih, mereka sedikit tertinggal jikalau dibandingkan dengan pelayar web lain – seperti Chrome dan Opera, yang tersedia pada pelbagai peranti mudah-alih.

Firefox sehingga kini hanya ditawarkan untuk Android sahaja, dan berkongsi mengenai pembangunan untuk iOS, Mozilla mengatakan mereka akan memperkenalkan ujian beta untuknya tidak lama lagi.

Seperti semua sedia maklum, pada peranti iOS, mereka tidak boleh menggunakan enjin pelajar web tersendiri, sebaliknya menggunakan versi yang disediakan Apple. Namun, ia akan memberikan impak jika anda menggunakan Firefox Sync dan sebagainya, yang membolehkan anda mengakses data pelayaran desktop anda terus pada peranti mudah-alih.

Mozilla masih tidak memberikan sebarang tarikh untuknya, tetapi daripada apa yang dikongsikan, Firefox untuk ioS mungkin dilancarkan tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mozilla Semakin Menghampiri Pelancaran Firefox Untuk iOS – Ujian Beta Bakal Dimulakan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info