Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Bakal Memperkenalkan OneClip – Perkongsian Klip pada Pelbagai Peranti Dengan Mudah

Bagi pengguna peranti seperti Android dan iOS mungkin mengenali akan Pushbullet yang membolehkan pengguna menghantar sesuatu klip atau pautan terus daripada suatu peranti ke peranti lain yang menggunakannya. Kini, Microsoft dilihat turut sedang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi dengan fungsi lebih kurang sama, dinamakan sebagai OneClip.

Microsoft OneClip ini dilihat akan memudahkan pengguna berkongsi clipboard mereka pada pelbagai peranti dengan mudah, melalui sokongan sync berasaskan awan.

Microsoft OneClip

Menggunakannya, ia akan menyimpan data berkenaan pelbagai gambar, teks dan pautan yang anda copy, dan kemudian mempersembahkan ia dalam bentuk paparan yang menarik dan tersusun. OneClip juga akan mengkategorikan segalanya, dan ia akan di sync ke pelbagai peranti anda dengan serta-merta. Seperti biasa, pengguna boleh mengawal apa yang ingin di sync dan apa yang tidak.

Sebaik sahaja membuat segala tetapan yang dilakukan, anda kemudian boleh mengakses clipboard anda pada sebarang peranti. Sebagai contoh, pelbagai perkara yang disalin ke OneClip pada desktop boleh terus diakses pada peranti mudah-alih anda.

Buat masa ini, OneClip masih lagi dalam proses ujian dalaman pihak Microsoft, dimana ia akan ditawarkan untuk Windows, Android dan juga iOS. Ia juga tidak mustahil untuk melihat pelbagai fungsi lain ditambah oleh Microsoft padanya sebelum ia dilancarkan kepada umum kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Bakal Memperkenalkan OneClip – Perkongsian Klip pada Pelbagai Peranti Dengan Mudah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info