Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Smart Cast Membolehkan Anda Memancarkan Skrin Sentuh Ke Sebarang Permukaan

Telefon pintar dengan projektor terbina bukan sesuatu yang baru, tetapi kini Lenovo hadir dengan sebuah konsep baru, membolehkan projektor tersebut memancarkan ia ke permukaan, dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan menggunakannya.

Lenovo Smart Cast

Dinamakan sebagai Smart Cast, Lenovo menamakannya sebagai telefon pintar pertama dengan laser projektor terbina. Ia boleh digunakan dalam dua mod, iaitu memancarkan skrin ke dinding untuk memaparkan kandungan media dan menikmatinya, selain memancarkan skrin ke hadapan anda dan berinteraksi menggunakannya.

Konsep kedua tersebut agak menarik, dimana sebagai contoh anda boleh membuka dokumen dan kemudian memancarkan papan kekunci ke arah anda untuk menaip terus padanya.

Lenovo Smart Cast

Lenovo Smart Cast

Lenovo Smart Cast

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui sama ada pihak Lenovo akan menjual peranti ini secara meluas, ataupun ia hanya sekadar memperlihatkan teknologi mereka sahaja. Bagi anda, jika ia dijual, adakah anda akan mendapatkannya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo Smart Cast Membolehkan Anda Memancarkan Skrin Sentuh Ke Sebarang Permukaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info