Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Gear VR Kini Menyokong Penstriman Permainan Realiti Maya Ke Facebook Live

Samsung Gear VR ialah peranti realiti maya kedua paling banyak digunakan selepas Google Cardboard. Peranti dengan sokongan teknologi Oculus ini menerima kemaskini yang membawakan beberapa fungsi baru. Pertama sekali ia kini menyokong penstriman permainan VR menerusi Facebook Live. Detik-detik cemas anda kini boleh ditonton oleh rakan taulan.

Kedua ialah kemaskini Oculus Room 1.2. Ia kini menyokong kandungan 360 darjah Vimeo dan membenarkan anda menonton video 360 darjah bersama pengguna Gear VR yang lain.

Fungsi baru Oculus Voice pula membolehkan pengguna melakukan carian dan melakukan navigasi  dengan kawalan suara sepenuhnya. Buat masa ini hanya bahasa Inggeris disokong. Oculus Voice hadir pada Gear VR dan Oculus Rift.

Akhir sekali ialah Oculus Events yang memudahkan carian kandungan VR yang boleh ditonton secara langsung. Seperti Oculus Voice, buat masa ini hanya kandungan berbahasa Inggeris disokong.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Gear VR Kini Menyokong Penstriman Permainan Realiti Maya Ke Facebook Live"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info