Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.
Sehinggalah suami tidak lagi dapat menahan kesabaran mendengar leteran isteri saban hari, lalu si suami memarahi isterinya. Isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, berlakulah pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari, suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak bahagia lagi. Suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya dirumah Khalifah Umar Al-Khattab, suami mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau. Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.
Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama dan mengenangkan Khalifah Umar juga mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, suami membatalkan sahaja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.
Ketika suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”
Lalu suami tadi menjawab, “Tujuan saya kemari untuk mengadu hal isteriku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, saya batalkan saja hasrat itu.”
Mendengar jawapan dari suami itu, Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama. Pasti akan pulih sendiri.”
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
Wallahualam.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
Sembang-sembang je
Popular Posts
-
Sekilas pandang, Chevrolet adalah antara pengeluar automobil yang memiliki logo jenama cukup dikenali ramai, tetapi juga pada masa sama disa...
-
Ini kisah orang pertama yang menjadikan budaya minum bubble tea sebagai satu cara hidup yang bergaya ke dalam Malaysia. Namanya ialah Bryan ...
-
Hari ini, umumnya jika kita melihat bendera negara-negara Islam di seluruh dunia, boleh dikatakan hampir kesemuanya terpapar ikon bulan sabi...
-
Bahayanya stres boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang boleh terjejas. Dari segi saintifik, stres atau tekanan adal...
-
Hatshepsut adalah firaun ke-5 daripada dinasti ke-18 Mesir, adalah pemangku rasmi kepada anak tirinya, Thutmose III, yang hanya berusia 2 ta...
-
Ustaz Shahul Hamid - Kitab Bahrul Al-Madzi J19 Bab Kehilangan Ilmu Agama,Masjid Jelutong https://ift.tt/2Jtxy4x Ustaz Shahul Hamid - 3 ...
-
Program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS) dimulakan bagi menghasilkan dron pengisi minyak untuk kegunaan pada kapal pengangkut ...
-
Tahukah anda bahawa tarikh 12 Mei adalah tarikh lahir bagi seorang tokoh wanita yang mengasaskan bidang kejururawatan moden? Ya, nama wanita...
-
Sejarah penyembahan berhala dikatakan bermula sebelum kerasulan Nabi Nuh a.s., kerana saat kehadirannya kepada kaumnya, majoriti masyarakat ...
-
Dua tahun yang lalu kami melaporkan Dainese menghasilkan jaket penunggang motosikal Misano 1000 D-Air yang dilengkapi sistem beg udara. Ap...
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Kisah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya"