Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemampuan Kamera HTC One M9 Dilaporkan Jauh Di Belakang Pesaing

HTC One M9 ialah peranti terkini oleh HTC yang cuba mencabar monopoli Samsung Galaxy S6 dan Apple iPhone 6. Dalam kebanyakan ulasan yang kami baca dan pandang pertama kami sendiri, kami sedari kemampuan kamera peranti utama ini agak mengecewakan. Sebelum ini tiada nilai kualitatif yang boleh  diberikan kepada kemampuan kamera tetapi kini ia dilakukan oleh laman DXOMark.

Menurut ujian yang dilakukan mereka, kamera HTC One M9 terletak jauh di tempat ke-22 berbanding pesaing mereka. Tempat teratas masih lagi dipegang oleh Samsung Galaxy S6 Edge diikuti oleh Galaxy Note 4 , iPhone 6 Plus, iPhone 6, Galaxy S5 dan Xperia Z3. Lima daripada enam peranti dengan kamera terbaik ini menggunakan sensor kamera yang dihasilkan oleh Sony. Hanya Galaxy S5 menggunakan sensor Isocell buatan mereka sendiri. Keputusan ujian ini pastinya membawa impak negatif kepada jualan HTC One M9.

Kedudukan tangga ke-22 meletakkan mereka di belakang Samsung Galaxy S3 dan juga Amazon Firephone, dua peranti yang kini tidak lagi laku di pasaran. Kami difahamkan sensor Toshiba One M9 turut digunakan oleh One M9+. Adakah keputusan ujian kamera yang mengecewakan ini membuatkan anda berfikir dua kali untuk memiliki One M9+? Kongsikan pendapat anda di bawah

One-M9-DXOMark

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemampuan Kamera HTC One M9 Dilaporkan Jauh Di Belakang Pesaing"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info