Guoliang Tunnel adalah nama sebatang jalan di Gunung Taihang, China. Jalan ini berada tepat di pinggir tebing dengan panorama landskap hutan yang indah.
Guoliang Tunnel di senaraikan sebagai salah satu daripada tujuh jalan paling berbahaya di dunia. Bahkan, laman media China, turut mengatakan ianya sebagai jalan yang mengerikan.
Guoliang Tunnel yang berada di Wilayah Henan. Hampir betul-betul berada di pinggir tebing, dengan panjang kira-kira 1.3 km, lebar 4 meter dan beberapa bahagian dilindungi bumbung batu dengan tinggi 5 meter.
Jalan tersebut dibina sejak tahun 1977 yang mengambil masa selama 5 tahun. Sejarah, Guoliang Tunnel ini dibina oleh masyarakat dari 13 desa yang ada di sekitar Gunung Taihang.
Pada masa itu, mereka mengalami kesukaran untuk melawat ke kampung lain, kerana terpaksa mendaki tebing. Akhirnya dengan menggunakan skop dan bahan letupan, mereka bergotong royong membina Guoliang Tunnel. Kerajaan tempatan pada awalnya turut membantu, namun memaksa mereka menghentikannya kerana jalan itu terlalu berisiko.
Tetapi, masyarakat dari 13 kampung tersebut meneruskan pembinaan Guoliang Tunnel dan akhirnya berjaya di siapkan. Kini masyarakat desa tersebut mendapat faedah dari apa yang mereka kerjakan dan mudah untuk melawati setiap desa. Sejak tahun 2000-an, semakin ramai pelancong yang melawat Guoliang tunnel kerana di anggap unik serta memaparkan lanskap hutan yang hijau bak permaidani raksasa.
Namun di sebalik keindahan itu, Guoliang Tunnel adalah sangat berbahaya. Menurut masyarakat tempatan, ramai yang terbunuh semasa pembinaan jalan tersebut. Kononnya terdapat banyak tengkorak yang bertaburan di bawah jurang yang kedalamannya puluhan meter.
Kerajaan tempatan dengan tegas menasihatkan pelancong yang memandu kereta ke sana. Jangan terlalu memandu laju dan waspada di kala hujan, kerana jalan-jalan disni akan menjadi licin. Selain menaiki kereta, pelancong boleh melewati pemandangan Guoliang dengan berjalan kaki.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
Sembang-sembang je
Popular Posts
-
Celcom hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran sejumlah ganjaran menarik mereka untuk para pelanggan prabayar dan pascabayar Ce...
-
Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menyampaikan isyarat dari satu kawasan otak ke kawasan ...
-
Ini kisah orang pertama yang menjadikan budaya minum bubble tea sebagai satu cara hidup yang bergaya ke dalam Malaysia. Namanya ialah Bryan ...
-
Mungkin ramai yang tak tahu terdapat sebuah piramid purba yang tersembunyi di bawah gunung di Indonesia selama berabad-abad. Ia dikenali seb...
-
Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae dan di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua...
-
Siapa ahli sukan terbaik sepanjang zaman yang menjadi idola di seluruh dunia? Sebenarnya, sangat ramai ahli-ahli sukan yang hebat dari dahul...
-
Kad Muafakat Johor (KMJ) merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna BMJ bagi membolehkan mereka menaiki bas secara percuma, namun ca...
-
Hari ini, umumnya jika kita melihat bendera negara-negara Islam di seluruh dunia, boleh dikatakan hampir kesemuanya terpapar ikon bulan sabi...
-
Ketika wanita mengalami rangsangan seksual, salah satu tindak balas yang berlaku ialah kelembapan faraj akibat peningkatan perjalanan darah ...
-
Pada April 2003, iTunes dilancarkan dan ia mengubah dunia pembelian muzik secara atas talian. Ketika dunia dipenuhi program muat turun MP3 s...
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Inilah Antara 7 Jalan Paling Bahaya Di Dunia Dan Paling Unik"