Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hewlett Packard Melancarkan Tiga Komputer Riba Baru – HP Pavilion X360, Pavillion 14 Dan Pavillion 15

Hewlett Packard melancarkan tiga komputer riba baru mereka di Singapura hari ini. Ketiga-tiga komputer riba ini ialah HP Pavillion X360, Pavillion 14 dan Pavillion 15. Pavillion X360 ialah sebuah komputer riba hibrid dengan empat konfigurasi berbeza. Terdapat mod komputer riba biasa,  khemah, tablet dan juga penyampaian. Keseluruhan tubuh X360 diperbuat daripada plastik. Menurut HP rekaan unibody plastik seperti ini adalah yang pertama sekali di dunia. Dari segi spesifikasi komputer riba hibrid ini mempunyai skrin 11.6″ (1366 x768 pixel) sesentuh, pemproses Intel Core M 800 MHz, RAM 4GB dan muatan dalaman 128 GB SSD. Pihak HP membenarkan kustomasi pemproses, RAM dan juga muatan dalaman mengikut kehendak pengguna pada komputer riba ini. Bateri sebesar 32 Wh digunakan. Pilihan port pula ialah 3 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, 1 LAN dan  1 pembaca kad.

x360 Pavillion20150521_154151

x360 Pavillion20150521_144252 x360 Pavillion20150521_144329 x360 Pavillion20150521_154219

Pavillion 14 pula adalah komputer riba biasa dengan skrin 14″ (1366 x768 pixel), pemproses i3 5010U, RAM 4GB dan muatan dalaman 500 GB.Bateri pula adalah sebesar 41 Wh. Seperti X360 pelbagai kustomasi penambahan komponen komputer diberikan oleh HP seperti skrin sesentuh, pemproses i7, pemacu optik, kad grafik dan juga pilihan muatan. Pilihan port pula ialah 2 USB 3.0. 1 x USB 2.0,  1 HDMI saiz penuh dan 1 LAN. Pavillion 15 mempunyai spesifikasi dan pilihan kustomasi serupa tetapi dengan skrin lebih besar 15.6″ (1366 x768 pixel). Terdapat juga pilihan untuk HD Penuh dengan sokongan sesentuh. Bateri pula adalah sebesar 41 Wh. Tidak seperti X360, siri Pavillion 14 dan 15 mempunyai tubuh diperbuat daripada plastik dan juga logam. Bahagian kekunci mempunyai lapik logam yang berubah warna dari gelap ke terang yang nampak menarik.

x36020150521_143123

x36020150521_143147 x36020150521_143137 x36020150521_143131

 

Ketiga-tiga komputer ini menyokong sistem audio Bang & Olufsen bagi memberikan prestasi bunyi terbaik. HP Pavillion X360 akan dijual Jun hadapan di Malaysia pada harga bermula RM 1899. HP Pavillion 14 pula akan mula dijual bermula bulan ini dengan harga bermula RM 2399. Masih tiada maklumat tentang bilakah Pavillion 15″ akan dijual di Malaysia.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hewlett Packard Melancarkan Tiga Komputer Riba Baru – HP Pavilion X360, Pavillion 14 Dan Pavillion 15"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info