Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dior Eyes – Peranti Realiti Maya Memberi Akses Kepada Pertunjukan Fesyen

Peranti realiti maya sedang dibangunkan dengan pesat. Samsung sebelum ini menggunakan Gear VR untuk membenarkan seorang bapa melihat kelahiran bayi beliau sungguhpun berapa beribu kilometer dari hospital. Di Norway pula peranti Oculus digunakan oleh pemandu kereta kebal bagi melihat persekitaran kenderaan dengan lebih mudah.

Dior-Eye

Dior, jenama fesyen mewah ternama tidak mahu ketinggalan dalam menggunakan teknologi maya. Mereka menghasilkan Dior Eye yang membolehkan pemakai melihat  pemandangan sebuah pertunjukan fesyen secara maya. Mereka boleh melihat model disolek, memakai pakaian yang diperagakan serta pertunjukan fesyen itu sendiri secara bebas. Dior Eye adalah peranti maya pertama yang digunakan untuk industri fesyen. Seterusnya mungkin di Malaysia kita boleh membangunkan 1Maya, peranti realiti maya yang membolehkan kita melihat sesi parlimen dari pandangan mata seorang ahli parlimen.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dior Eyes – Peranti Realiti Maya Memberi Akses Kepada Pertunjukan Fesyen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info