Beberapa ratus tahun yang lalu, sekitar tahun 1885, seorang lelaki bernama James B. Ward, yang berasal dari Lynchburg, Virginia, akhirnya mengalah.
Dia telah cuba untuk menyelesaikan tiga kod rahsia yang boleh membawa kepada penemuan harta karun terbesar di kawasan Bedford, Pennssylvania, Amerika Syarikat, selama 20 tahun tetapi menemui jalan buntu.
Akhirnya, pada suatu hari, James memutuskan untuk berkongsi kebuntuannya kepada orang awam dengan mengedarkan helaian nota bersama risalah tiga kriptogram, iaitu teks yang ditulis dalam kod rahsia.
Dalam nota itu tertulis, 'The Beale Papers containing Authentic Statements regarding the TREASURE BURIED in 1819 and 1821, near Bufords, in Bedford County, Virginia and Which Has Never Been Recovered'.
Risalah ini mengandungi kisah pelik tulisan James tentang surat Thomas J. Beale untuk sahabatnya, Robert Morris, sebelum dijual dengan harga 50 sen. Sedikit ringkasan, sekitar awal tahun 1800an, Beale bersama kira-kira 30 orang pemuda telah menuju ke barat untuk memburu kerbau di lembah Santa Fe, New Mexico.
Semasa memburu, mereka menemui sebuah kawasan yang kaya dengan emas lalu melombongnya. Selepas dua tahun, kumpulan Beale mengumpul sejumlah emas yang beratnya mencecah 65 kilogram, 100 kilogram perak dan sejumlah permata. Dikatakan, harta karun ini bernilai lebih $USD600 juta atau lebih dua bilion ringgit!
Menurut tulisan James, mereka menghantar pulang harta yang banyak itu dengan menggunakan pedati lembu. Harta-harta itu ditanam di sebuah lokasi sulit berhampiran Buford, Virginia.
Beale kemudiannya merangka tiga buah kod rahsia berbentuk kriptogram yang mengandungi lajur-lajur nombor dan huruf berbentuk seperti sistem matriks.
Kriptogram ini menerangkan tiga rahsia perkara penting, emas yang mencecah bilion ringgit dimana kedudukan tempat ia ditanam, kandungan harta yang disembunyikan serta senarai nama pewaris-pewaris harta tersebut.
Selepas Beale siap merangka, kriptogram itu kemudiannya diletakkan ke dalam sebuah peti dan diserahkan kepada Morris, seorang pemilik rumah tumpangan. Morris diamanahkan untuk menyimpan dan tidak membuka peti tersebut sehingga kumpulan ini pulang dari 'memburu' dalam tempoh sepuluh tahun.
Morris memegang amanah tersebut dengan tidak membuka peti itu langsung. Dia hanya membuka peti itu selepas lebih dua puluh tahun kerana tidak dituntut oleh Beale, mahupun oleh kumpulan 30 orang lelaki yang keluar 'memburu'.
Setelah membuka peti, Morris mendapati terdapat tiga kriptogram dan sekeping nota ringkas untuk ke lokasi tempat harta-harta itu disembunyikan. Morris cuba merungkaikan kriptogram tersebut, namun usahanya selama beberapa tahun gagal. Akhirnya, dia memberikan isi peti itu kepada sahabatnya, James B. Ward.
Menariknya, James berjaya merungkai satu daripada tiga kriptogram. Kriptogram yang berjaya dibuka itu mengandungi maklumat tentang harta-harta disembunyikan melalui pencarian perkataan dalam 'Deklarasi Kemerdekaan Amerika'.
James cuba menyelesaikan dua lagi kriptogram hingga mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah suatu hari, dia berputus asa dan menerbitkan The Beale Papers sebelum menjualnya pada orang awam.
The Beale Papers mendapat sambutan dan menjadi fenomena ketika itu. Ramai orang cuba menyelesaikan teka-teki kedudukan harta karun Beale tetapi gagal. Beberapa pihak mendakwa kononnya berjaya menyelesaikan kriptogram tersebut namun tidak membawa kepada plot penemuan harta karun Beale.
Pada tahun 1966, sekumpulan pemburu harta karun dari Tenesse cuba mengorek kawasan di lembah pergunungan Virginia menggunakan jentolak, namun segala-galanya hampa.
Begitu juga dengan enam orang pemburu harta karun dari Pennsylvania, yang cuba mengorek tanah perkuburan sekitar Buford pada tahun 1991, tetapi gagal. Lebih malang, mereka ditahan kerana menceroboh kawasan perkuburan untuk mencari harta karun Beale.
Sekitar tahun 1897 hingga 1912, dua orang adik beradik, George dan Clayton Hart, tampil untuk menyahur cabaran James. Walaupun tidak pernah merungkaikan kriptogram Beale, kedua-duanya cuba mendapatkan khidmat kuasa psikik dan bomoh uantuk mencari harta karun yang dikatakan berada di kawasan pergunungan dan sekitar Bedford. Malangnya, usaha dua beradik ini juga menemui jalan buntu.
Pada tahun 1968, Beale Cipher Assosciation, ditubuhkan oleh sekumpulan ahli kriptogram dan penduduk tempatan Virginia. Pertubuhan ini bertujuan mengumpulkan kepakaran daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk merungkaikan misteri harta karun Beale. Dan seperti dijangka, usaha itu turut menemui jalan buntu.
Kehampaan demi kehampaan menimbulkan banyak spekulasi dan persoalan tentang kebenaran wujudnya harta karun Beale. Benarkah wujud individu bernama Belae dan rakannya Morris? Lebih pelik, kenapa tidak banyak maklumat menjelaskan tentang 30 orang pemuda yang bersama melombong emas? Paling penting, siapa sebenarnya James B. Ward?
Beberapa orang ahli kriptologi seperti Jim Gilogly mempunyai hujah-hujah tentang penipuan berskala besar berhubung harta karun Beale. Melalui bukunya yang bertajuk A Dissenting Opinion pada tahun 1980, beliau cuba mengaitkan James B. Ward dengan Freemason.
Malah, kewujudan The Beale Papers juga dikatakan dicetuskan oleh seorang penulis dan pemuisi terkenal, Edgar Allen Poe.
Edgar dikatakan mahu membuat fenomena pencarian harta karun selepas terbitnya karya 'The Gold Bug' yang turut menggunakan kriptogram dalam penulisannya. Namun, fakta ini tidak diterima kerana ketika risalah ini mula tersebar, beliau sudah meninggal dunia 20 tahun sebelumnya.
Sungguhpun teori harta Beale sudah dikritik dan diragui, ia tidak mampu menghentikan minat minat pemburu harta karun untuk menyelesaikan kriptogram yang membawa kepada plot kekayaan dan kemahsyuran sehingga ke hari ini.
Soal dimana harta karun Beale, kekal menjadi misteri dan tanda tanya!
BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau Oak
-SENTIASAPANAS.COM

Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?"