Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AWS Summit KL: Bersama CTO iFlix & MyTeksi

Pada hari ini Amazon telah mengadakan seminar AWS Summit KL yang memfokuskan kepada perkhidmatan berasaskan web mereka. AWS juga merupakan akronim kepada Amazon Web Services, dimana mereka menjual pelbagai perkhidmatan berasaskan web seperti khidmat storan awan, khidmat server pelayan dan pelbagai lagi infrastruktur penting yang digunakan oleh laman web terkemuka.

Sekiranya anda sedar semasa melayari internet mungkin anda ternampak status loading pada browser anda yang kadangkala memaparkan ‘s3.amazonaws’. Ini semua adalah hasil dari perkhidmatan mereka. Terdapat pelbagai jenama internet memanfaatkan perkhidmatan AWS dan pada acara AWS Summit hari ini kami berkesempatan untuk menemuramah dua ketua pegawai teknikal (CTO) dari iFlix dan MyTeksi mengenai faedah dan manfaat perkhidmatan sebegini untuk startup mereka.

CTO-iflix

Ash Crick merupakan CTO iFlix, salah satu perkhidmatan penstriman drama dan filem seumpama Netflix. Perkhidmatan ini akan dilancarkan sebelum Jun 2015 dan Ash telah berkongsi mengenai faktor pemilihannya untuk menggunakan perkhidmatan AWS. Salah satu faktor terpenting adalah kerana AWS mempunyai tahap sekuriti yang tinggi serta mempunyai fungsi penyulitan terbina bagi menjamin hakcipta filem dan drama pada perkhidmatan mereka.

Dalam menjelaskannya dengan lebih lanjut, Ash turut berkongsi organisasi Motion Picture Association of America (MPAA) menghendaki syarat yang sangat ketat dalam membenarkan mana-mana perkhidmatan penstriman yang menayangkan drama dan filem dari Amerika Syarikat. Perkhidmatan AWS dilihat memenuhi kehendak tersebut dan menjadi pilihan mereka untuk membangunkan iFlix pada platform tersebut.

CTO-myteksi

Seorang lagi CTO yang berkongsi pandangannya ialah Wei Zhu dari MyTeksi. Wei Zhu menjelaskan sejak dari hari pertama MyTeksi beroperasi, mereka telah menggunakan perkhidmatan AWS. Menurut beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknikal, salah satu perkara yang menjadi cabaran dalam arena teknikal adalah dalam meramal dan mengagak saiz serta keperluan infrastruktur teknikal sesebuah startup.

Ini kerana pada zaman sekarang, bagi meramal betapa cepat sesuatu perkhidmatan berasaskan web mendapat sambutan dari pengguna adalah sukar, dan perkhidmatan AWS membolehkan beliau menaiktaraf perkhidmatan itu dengan mudah. Kadangkala dilema dalam meramal keperluan teknikal itu mengambil masa dan kebiasaannya projek berasaskan internet tidak mudah diramal. Beliau juga menyatakan zaman ‘manusia melayan mesin’ akan tamat dan dengan AWS, sekiranya MyTeksi ingin menambah bilangan server, ia dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Apabila ditanyakan andaikata beliau akan memilih selain dari AWS, ia bergantung kepada kebolehan perkhidmatan tersebut dan buat masa ini, AWS memenuhi keperluan mereka.

Sekiranya anda mempunyai perkhidmatan berasaskan web, ada boleh mencuba perkhidmatan mereka secara percuma yang turut memberikan akses kepada Amazon S3 (Simple Storage Solution), Amazon EC2 (Elastic Cloud 2), Dynamo DB dan pelbagai lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AWS Summit KL: Bersama CTO iFlix & MyTeksi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info