Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adakah Apple Bakal Mengemaskini Keluarga iPhone 5C Dengan Sokongan Touch ID?

Desas-desus dan ura-ura dalam dunia teknologi merupakan salah satu perkara yang menarik untuk dibaca dan diketahui. Terkini, sebuah gambar dilihat diterbitkan pada laman rasmi Apple, memperlihatkan sebuah iPhone 5c yang dihubungkan ke lightning dock, tetapi menariknya, turut memperlihatkan kemungkinan menyertakan sokongan Touch ID.

iPhone 6C

iPhone 5C telah diperkenalkan pada 2013 yang lepas, dimana ia menggunakan kerangka berasaskan kepada plastik polikarbonat, dan hadir dalam beberapa variasi harga. Ia dijual pada harga sedikit rendah berbanding dengan iPhone 5s ketika itu.

Melalui gambar yang tertiris ini, pelbagai spekulasi hadir, termasuk ada yang mengatakan ia berkemungkinan adalah versi baru yang mungkin hadir sebagai iPhone 6c. Namun, pada masa yang sama, ia juga mungkin kesilapan perekabentuk Apple ketika menghasilkan gambar dan mungkin terlupa gantikan butang Home pada iPhone 5c kepada butang Home yang asal berbanding menggunakan versi Touch ID.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adakah Apple Bakal Mengemaskini Keluarga iPhone 5C Dengan Sokongan Touch ID?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info