Ada beberapa perkara di dunia yang tidak kelihatan seksi walaupun ia dilakukan oleh seorang wanita. Lebih-lebih lagi pula jika anda terpaksa menerima arahan daripada wanita tersebut.
Dan lebih menakutkan lagi apabila wanita yang memberikan arahan itu adalah seorang ketua gangster ataupun 'God Mother'. Ini bukanlah cerita gurauan tentang wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia gangster.
Bagi anda yang menyatakan bahawa dunia jenayah hanyalah permainan lelaki pasti akan berfikir dua kali setelah mengenali mereka.
Berikut merupakan 7 wanita yang pernah menggemparkan dunia jenayah.
Judy Moran
Judy Moran adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang telah memimpin gangster terbesar di Melbourne. Dia digelar dengan gelaran 'Family Matriarch'.
Xie Caiping
Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing, China melakukan tindakan tegas membenteras keganasan. Satu operasi besar-besaran menangkap hampir 1,500 suspek yang kesemuanya berada di bawah pimpinan Xie Caiping. Caiping menjalankan perniagaan kasino secara haram dan bertanggungjawab untuk mengawasi polis bagi melindungi anak-anak buahnya.
Sandra Avila Beltran
Dengan gelaran sebagai "Ratu Pasifik', Sandra lahir dan dibesarkan untuk menjadi 'God Mother' di Mexico. Bapa saudaranya pula adalah 'God Father' Mexico. Sandra mendapat gelaran itu kerana bertanggungjawab dalam merapatkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan aktiviti penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjarakan atas tuduhan jenayah terancang, penggubahan wang haram dan konspirasi pengedaran dadah.
Rosetta Cutolo
Wanita ini menjadi seorang gangster kerana merasa sedih dan kecewa ketika saudaranya ditangkap polis Itali. Dia kemudiannya meneruskan perniagaan yang dijalankan saudaranya itu. Dia disenaraikan sebagai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu markas polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai buruan sehinggalah dia akhirnya menyerah diri.
Maria Licciardi
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan 'Capo di Tutti Capi' sebuah kumpulan gangster dari Napoleon. Dibawah pimpinannya, keluarga Licciardi lebih tersusun dan lebih menguntungkan dalam semua usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting adalah memperkenalkan industri pelacuran di Camorra. Padahal sebelum itu ada beberapa kod etika yang melarang mafia mendapatkan wang hasil daripada pelacuran. Perkara ini mungkin nampak janggal dengan memikirkan seorang wanita sepatutnya mampu menghalang wanita daripada dijadikan pelacur.
Maria Leon
Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak mungkin kedengaran tidak bahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua sindiket pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia menyusun perniagaannya dan pada masa yang sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.
Griselda Blanco
Ketika berusia 11 tahun, dia menculik kanak-kanak keluarga kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya untuk mendapatkan wang tebusan. Apabila ibu bapa kanak-kanak yang diculiknya tidak mahu membayar wang tebusan, dia akan membunuh kanak-kanak tersebut. Setelah berpindah ke New York dari Colombia di era 70an, dia memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah. Dia melarikan diri ke Miami bagi mengelakkan dakwaan pihak berkuasa. Dan disanalah dia meletakkan Miami sebagai ibukota kokain Amerika. Dia dipercayai telah mendalangi lebih daripada 200 pembunuhan termasuk ketiga-tiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun dipenjara. Apabila dibebaskan pada tahun 2004, dia telah dihantar ke Colombia dan tidak pernah lagi dilihat sehingga kini
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
Sembang-sembang je
Popular Posts
-
Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae dan di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua...
-
Hatshepsut adalah firaun ke-5 daripada dinasti ke-18 Mesir, adalah pemangku rasmi kepada anak tirinya, Thutmose III, yang hanya berusia 2 ta...
-
Ini kisah orang pertama yang menjadikan budaya minum bubble tea sebagai satu cara hidup yang bergaya ke dalam Malaysia. Namanya ialah Bryan ...
-
Hampir sebulan selepas 2018 melabuhkan tirai, data daripada pelbagai aspek mula dikeluarkan oleh badan utama termasuk Bank Dunia. Tumpua...
-
Hari ini, umumnya jika kita melihat bendera negara-negara Islam di seluruh dunia, boleh dikatakan hampir kesemuanya terpapar ikon bulan sabi...
-
Bahayanya stres boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang boleh terjejas. Dari segi saintifik, stres atau tekanan adal...
-
Sekilas pandang, Chevrolet adalah antara pengeluar automobil yang memiliki logo jenama cukup dikenali ramai, tetapi juga pada masa sama disa...
-
Tahukah anda bahawa tarikh 12 Mei adalah tarikh lahir bagi seorang tokoh wanita yang mengasaskan bidang kejururawatan moden? Ya, nama wanita...
-
Pokok Semambu (Azadirachta indica), Pokok Neem atau Pokok Margosa, adalah tumbuhan hijau berdaun lebat yang mempunyai banyak cabang dan daun...
-
Program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS) dimulakan bagi menghasilkan dron pengisi minyak untuk kegunaan pada kapal pengangkut ...
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia"