Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Senarai Gaji Pemimpin Negara, Pemimpin Manakah Yang Memiliki Gaji Tertinggi Di Dunia??




Gaji termasuk perkara yang menarik untuk dibincangkan. Apalagi gaji para ketua negara atau ketua pemerintahan.



Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).

Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.

Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459). – Agensi










Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Senarai Gaji Pemimpin Negara, Pemimpin Manakah Yang Memiliki Gaji Tertinggi Di Dunia??"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info