Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Akan Mengambil-Alih Alcatel-Lucent Pada Harga Mencapai RM61.34 Bilion

NokiaLanjutan daripada laporan semalam, hari ini Nokia telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih Alcatel-Lucent pada nilai mencapai €15.6 bilion (~RM61.34 bilion). Transaksi akan dilakukan menggunakan saham secara keseluruhanya.


Melalui pengambil-alihan dalam bentuk saham ini, syarikat baru yang akan mengekalkan jenama Nokia ini akan dimiliki hampir 33.5% oleh pemilik Alcatel sedia ada, dan baki 66.5% dipihak Nokia.


Nokia juga akan terus mengukuhkan bahagian perkhidmatan rangkaian mereka melalui pengumuman ini, selain memberikan saingan lebih sihat terhadap Ericsson dan Huawei. Nokia mengatakan pengambil-alihan ini akan membolehkan mereka terus mengukuhkan kedudukan, serta turut memfokuskan kepada pelbagai teknologi baru, dimana antaranya adalah untuk seperti peranti berhubung (Internet Of Things) dan juga perkomputeran awan.


Pengambil-alihan ini dijangka akan selesai sepenuhnya sekitar pertengahan pertama 2016 kelak.


Pada pengumuman yang sama juga, pihak Nokia turut memberikan gambaran mengatakan mereka mungkin akan menjual bahagian perniagaan pemetaan mereka – HERE Maps. Mengikut desas-desus sebelum ini, Nokia dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk tujuan tersebut, termasuk dengan Uber.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Akan Mengambil-Alih Alcatel-Lucent Pada Harga Mencapai RM61.34 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info