Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Chrome 42 Hadir Dengan Sokongan Integrasi Untuk Membolehkan Web Menghantar Notifikasi

Google terkini telah pun mengeluarkan kemaskini stabil terbaru untuk pelayar web Chrome mereka, dan seperti biasa menyertakan beberapa kemaskini baru bersama-sama dengannya. Chrome 42 ini sudah boleh dimuat-turun dan digunakan oleh semua pengguna, termasuk di Windows, Mac OS X, Linux dan juga Android.


Google Now - Chrome Beta


Melalui kemaskini baru ini, salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah kebolehan untuk sesuatu web menghantar notifikasi dengan menggunakan fungsi Google Cloud Messaging.Walaubagaimanapun, seseorang pengguna perlu mengesahkan mereka akan menerima notifikasi daripada web berkenaan sebelum ia dipaparkan kepada pengguna.


Selain daripada itu, Google lebih memfokuskan kepada kemaskini kestabilan dan juga prestasi pelayaran melalui Chrome 42 ini.


Bagi anda yang sedia menggunakan Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik. Sekiranya ingin memasang ia secara manual atau memuat-turun pelayar web ini untuk komputer anda, anda boleh lakukannya melalui laman rasmi Chrome hari ini.


Muat-Turun Google Chrome 42





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Chrome 42 Hadir Dengan Sokongan Integrasi Untuk Membolehkan Web Menghantar Notifikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info