Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 6 Plus Mungkin Diperkenalkan Bersama-sama Ulang-Tahun Honor Malaysia Pada 28 April

Honor Malaysia telah pun mula mempromosikan Honor 6 Plus melalui laman sosial mereka sejak beberapa hari yang lepas, dan hari ini mereka telah menerbitkan sebuah halaman khusus untuk para pengguna dan peminat Honor Malaysia menyertai mereka untuk menyambut ulang-tahun pertama Honor di Malaysia.


Bersama-sama dengan acara ulang-tahun pertama Honor Malaysia, mereka turut dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti baru – iaitu Honor 6 Plus.


Honor 6 Plus


Melalui laman VMall, mereka telah pun mula menyenaraikan Honor 6 Plus, menandakan ia akan dilancarkan ataupun diperlihatkan ketika ulang-tahun pertama mereka.


Honor 6 Plus membawakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang dan menggunakn skrin bersaiz 5.5-inci. Dari segi spesifikasi, Honor 6 Plus turut menggunakan cip pemprosesan Kirin 925, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB, serta bateri berkapasiti 3600mAh.


Harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan berkemungkinan diumumkan pada acara berkenaan. Bagi anda yang berminat untuk menyertai ulang-tahun pertama Honor Malaysia, mungkin boleh mendaftarkan diri anda hari ini di halaman rasmi mereka.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 6 Plus Mungkin Diperkenalkan Bersama-sama Ulang-Tahun Honor Malaysia Pada 28 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info