Xiaomi pada tahun lepas telah hadir dengan Mi Band yang memfokuskan kepada kecergasan. Pada tahun ini, desas-desus berkaitan Mi Band 2 telah mula kedengaran, selain terkini laporan baru mengatakan Xiaomi akan bekerjasama dengan Li Ning – salah satu syarikat China yang membuat kasut memfokuskan atlet dan peralatan sukan lain.
Li Ning akan bekerjasama dengan Huami Technology, iaitu sebahagian daripada ekosistem Xiaomi dan telah hadir dengan Mi Band sebelum ini.
Menurut Li Ning, mereka akan menyertakan beberapa sensor pintar di dalam kasut larian keluaran mereka, dan ia akan berhubung kepada aplikasi mudah-alih Xiaomi. Menggunakannya, para atlet dan pelari boleh memantau progress semasa mereka, disamping pada masa yang sama membuat analisa dan memantau pencapaian mereka.
Buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan bilakah kasut ini akan dipasarkan kepada umum – dan baru sekadar mengumumkan kerjasama sahaja. Tetapi, seperti biasa, Li Ning dan Xiaomi menyasarkan untuk memasarkan kasut pintar berkenaan pada harga mampu milik.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Dan Li Ning Bakal Hadir Dengan Kasut Larian Pintar"