Sejumlah syarikat sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam mengatasi penggunaan kata laluan biasa. Terkini, untuk Windows 10, Microsoft memperkenalkan sokongan Windows Hello yang membolehkan anda log masuk tanpa perlu memasukkan kata laluan.
Melalui Windows 10, ia boleh menggunakan kamera hadapan untuk mengimbas wajah, ataupun turut menggunakan pengimbas jari jika ia disertakan pada sesuatu komputer riba – atau dalam erti kata lain, menggunakan pengesahan biometrik.
Fungsi ini mungkin tidak begitu menyokong beberapa komputer riba baru, sebaliknya akan hadir terbina pada beberapa komputer riba baru yang kaan datang.
Bersama-sama dengan Windows Hello, Microsoft juga turut berkongsi mengenai sebuah penawaran baru dinamakan “Microsoft Passport”. Passport membolehkan anda log masuk ke sesuatu aplikasi atau laman web tanpa perlu menggunakan kata laluan.
Microsoft menekankan dengan pengenalan sokongan baru ini, Microsoft ingin menawarkan kemudahan untuk menggunakan perkhidmatan mereka, dan pada masa yang sama menekankan kepada privasi yang dibawakan oleh Windows 10.
Windows 10 akan digunakan pada komputer riba, tablet, telefon pintar dan pelbagai peranti lain. Kita mungkin akan dapat melihat penggunaan Windows Hello ini pada pelbagai peranti baru berasaskan Windows 10 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows Hello – Microsoft Membolehkan Anda Log Masuk Windows 10 Tanpa Perlukan Kata Laluan"