Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Pintar Tahan Lasak Samsung Galaxy Xcover 3 Diumunkan

Peranti tahan lasak dan kalis air masih lagi belum dihasilkan pada skala yang besar. Dengan Galaxy S6 Samsung tidak meneruskan rekaan kalis air yang mereka gunakan pada S5. Kepada peminat Samsung yang mahukan peranti kalis air dan tahan lasak apakah pilihan untuk mereka? Samsung Galaxy Xcover 3 ialah jawapannya. Ia adalah peranti yang bukan sahaja kalis air dan debu malah (IP67) mampu menahan hentakan sekiranya jatuh dari ketinggian 1.2 meter. Ia diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras, RAM 1.5 GB dan muatan dalaman 8 GB (dengan sokongan MikroSD). Kemampuan optik ialah kamera utama 5 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Bateri pula adalah sebesar 2200 mAh. Aneh sekali Xcover3 akan menggunakan Android 4.4.4 dan bukannya Lollipop. Rekaan Xcover3 sangat mirip Galaxy Tab Active dengan sisi diperbuat dari bahan getah serta tiga butang navigasi fizikal dihadapan. Peranti ini dijangka dijual pada harga 274 Euros (RM 1072) sebuah.


Samsung-Galaxy-xcover-3-2






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Pintar Tahan Lasak Samsung Galaxy Xcover 3 Diumunkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info