Perayaan hari St. Todor yang disambut pada pertengahan bulan Mac setiap tahun adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Bulgaria. Hari St. Todor disambut pada 16 Mac tahun ini.
Apabila hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, para gadis bersiap seawal pukul 7 pagi untuk tampil cantik dan menarik.
Tidak mahu kelihatan kolot, mereka mengenakan pakaian paling moden dan seksi yang dimiliki.
Rambut yang panjang mengurai didandan kemas manakala perhiasan diri seperti anting-anting, gelang dan rantai dipakai bagi melengkapkan penampilan diri.
Wangian semerbak mengiringi langkah. Semua itu dilakukan tidak lain semata-mata untuk menarik perhatian jejaka bujang yang mahu mendekati.
Bagi masyarakat Kalaidzhi yang tinggal di perkampungan Mogila, Stara Zagora, Bulgaria, hari St. Todor atau bazar pengantin itu adalah sambutan tahunan yang sangat dinanti-nantikan khususnya buat gadis sunti.
Tawar-menawar
Acara itu diadakan bagi memberi peluang kepada lelaki dan wanita bujang berkumpul untuk mencari pasangan sebelum bergelar suami isteri kelak.
Di lokasi perayaan itu berlangsung, iringan muzik pop gipsi memeriahkan lagi acara sambutan. Rata-rata pengunjung yang terdiri daripada lelaki dan wanita bujang berusia 18 hingga 25 tahun tampil dengan gaya masing-masing.
Si teruna menampilkan kesegakan sambil berjalan dari seorang gadis ke gadis lain, manakala anak gadis yang lazimnya ditemani ahli keluarga masing-masing hanya mempamerkan kecantikan diri sepanjang acara itu berlangsung.
Masing-masing tidak malu-malu, malah memanfaatkan masa itu untuk mengenali antara satu sama lain di samping mencari keserasian dalam hubungan.
Suasana itu tidak ubah seperti sebuah pasar basah yang bingit dengan suara orang tawar-menawar. Bezanya, tiada jualan barang runcit sebaliknya hanya proses tawar-menawar antara keluarga dan si jejaka sahaja yang berlaku.
Jika ada si jejaka yang berkenan, mereka akan memaklumkan hal itu kepada ibu bapa gadis berkenaan yang turut sama hadir pada sambutan perayaan tersebut.
Sekiranya seseorang gadis itu berjaya memikat lebih daripada dua jejaka pada satu-satu masa, perbincangan yang lebih serius akan dilakukan untuk menentukan pihak lelaki mana yang berjaya medapatkan gadis berkenaan.
Masih perawan
Lazimnya, penawaran harga akan berlaku dan hak ke atas gadis itu ditentukan oleh harga yang paling tinggi.
Jika tiada masalah dan kata putus telah dicapai, si gadis dan jejaka boleh melangsungkan perkahwinan pada masa itu juga.
Bagi seorang gadis yang ditemui, Hristova, dia tidak meletakkan syarat yang terlalu tinggi dalam mencari pasangan hidupnya.
“Saya mengimpikan lelaki yang mempunyai kekayaan sederhana, cukuplah jika dia mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap untuk menyara hidup kami sekeluarga.
“Pada masa sama, saya berharap, keluarga pasangan tidak mencampuri urusan rumah tangga setelah kami berkahwin kelak,” ujarnya seperti dipetik portal Mail Online.
Menurut seorang pengkaji tradisi itu, Velcho Krastev, perayaan itu mungkin kelihatan agak pelik tetapi ia menjadi tradisi masyarakat Kalaidzhi sejak turun temurun.
Katanya, rata-rata masyarakat Kalaidzhi merupakan penganut agama Kristian Orthodoks, jadi mereka amat mementingkan batas pergaulan anak-anak.
“Ketika berusia 11 hingga 12 tahun, kanak-kanak perempuan akan diasingkan dari sekolah untuk mengelakkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lelaki.
“Apabila tiba masanya nanti iaitu pada sambutan hari St. Todor, ibu bapa akan menemani mereka untuk mencari pasangan yang sesuai,” jelasnya.
Bertutur lanjut, Krastev berkata, jika seseorang jejaka itu mendapati isterinya tidak lagi perawan, dia boleh menuntut ganti rugi daripada keluarga perempuan.
“Ibu bapa si gadis perlu memulangkan semula wang yang telah diberikan. Kemudian, semuanya terpulang kepada si jejaka sama ada untuk meneruskan perkahwinan itu atau tidak,” ujarnya.
BACA INI JUGA: Pesta Membunuh Kura-kura Yang Memualkan
Sumber: Kosmo.com.my

Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "St. Todor's Day, Bazar 'Jual' Anak Dara Di Bulgaria"