Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Runcible – Peranti Pintar Berbentuk Bulat Dan Berasaskan Firefox OS Dipertontonkan Pada MWC 2015

Pada minggu lepas, kami telah berkongsi mengenai salah satu peranti pintar berbentuk bulat dengan rekaan unik, dinamakan sebagai Runcible. Kini, di Mobile World Congress, kami telah berpeluang berjumpa dengan pengasasnya, Aubrey Anderson, dimana beliau berkongsi beberapa perkara mengenainya.


Runcible merupakan salah satu peranti yang direkabentuk oleh firma Mohohm yang berpusat di Amerika Syarikat. Ia dijana menggunakan sistem operasi Firefox OS, namun mereka tidak memperlihatkan penggunaannya memandangkan ia masih tidak bersedia sepenuhnya.


Runcible


Runcible


Menurut pengasasnya, Runcible ini boleh digunakan bersama-sama kad-SIM dan menggunakan rangkaian telefon dengan menghubungkan ia kepada aksesori seperti fon telinga berasaskan Bluetooth.


Memandangkan ia membawakan rekaan yang agak unik, maka mungkin ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan apakah fokus utama untuk penawarannya. Menurut pengasasnya, Runcible merupakan salah satu peranti anti-telefon pintar – sekaligus memudahkan anda bersosial pada dunia-nyata tanpa digangu pelbagai notifikasi.


Sebagai contoh, sekiranya anda ingin keluar dan meluangkan masa dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, maka anda boleh membawa Runcible ini, dan ia hanya membolehkan anda membuat panggilan, menerimanya, selain turut mengakses beberapa perkara termasuk pelayaran web. Menurut pengasasnya, tiada sebarang bunyi atau notifikasi yang akan hadir, sekaligus menjadikan anda tidak terganggu ketika sedang meluangkan masa anda dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.


Runcible


Runcible


Pihak Runcible masih tidak berkongsi mengenai hardware yang digunakan. Namun, mereka memperlihatkan bahagian yang digunakan, dan ia dipasang menggunakan skru dan bukannya gam seperti kebanyakkan peranti pada hari ini. Perkara ini membolehkan pengguna menaik-taraf perkakasan yang digunakan olehnya kepada yang terkini apabila tersedia di pasaran.


Menurut pengasas Monohm, syarikat disebalik produk Runcible ini, produk ini bakal dipasarkan sekitar suku ke-4 tahun 2015 ini, dan mereka akan berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran produk berasaskan Firefox OS ini ketika menghampirinya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Runcible – Peranti Pintar Berbentuk Bulat Dan Berasaskan Firefox OS Dipertontonkan Pada MWC 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info