NVIDIA hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan GPU berkuasa tinggi mereka yang terbaru, iaitu GTX TITAN X, sekaligus berkongsi lebih lanjut mengenai GPU berkenaan kepada umum. TITAN X menggunakan architecture Maxwell, dan mempunyai 12GB GDDR5 VRAM bersama-sama dengannya.
Disamping itu, TITAN X turut membawakan penambahan teras CUDA (Compute Unified Device Architecture) kepada 3072, dan dilengkapi lebih 8 bilion transistor padanya dalam usaha memberikan tenaga pemprosesan GPU yang berkuasa tinggi.
Dengan tenaga pemprosesan yang tinggi ini, NVIDIA mengatakan ia membolehkan pelbagai tugasan pemprosesan data dapat dilakukan dengan berkali ganda pantas, dan dalam arena permainan pula, ia membawakan sokongan memainkan permainan pada resolusi 4K dalam kadar 40fps.
NVIDIA telah mula menjual TITAN X di pasaran Amerika Syarikat bermula hari ini pada harga $999 (~RM3698).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NVIDIA Memperkenalkan GTX TITAN X Secara Rasminya – GPU Paling Pantas Dan Canggih Di Dunia"