Nintendo merupakan salah satu syarikat yang popular dikalangan para pemain permainan konsol, dan ia merupakan syarikat disebalik permainan popular seperti Mario, selain turut pernah hadir dengan konsol mudah-alih popular Game Boy.
Namun, salah satu perkara yang mengambil masa yang lama untuk mereka sertai adalah permainan untuk telefon pintar. Hari ini, perkara tersebut berubah apabila mereka mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat penerbit permainan mudah-alih popular dari Jepun, iaitu DeNA.
DeNA dan Nintendo dikatakan akan menggunakan sejumlah watak permainan Nintendo dan bukannya port sesuatu permainan seperti yang dilakukan pelbagai syarikat lain. Dengan ini, mereka akan hadir dengan permainan baru yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.
Disamping itu, Nintendo dan DeNA juga akan membangunkan perkhidmatan khusus yang membolehkan pengguna memainkan permainan pada telefon pintar, tablet, PC dan juga peranti Nintendo sendiri – dan dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.
Pada masa yang sama, kedua-dua syarikat juga akan melabur antara satu sama lain. Nintendo akan mendapatkan pegangan sebanyak 10% pada DeNA, sementara DeNA pula akan mendapatkan pegangan sebanyak 1.24% pada Nintendo.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Akan Hadir Dengan Permainan Untuk Telefon Pintar – Bekerjasama Dengan DeNA"